Situasi Terkini 26 Mac 2020

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | ENGLISH


Sehingga pagi ini (26 Mac 2020), dilaporkan bahawa terdapat 80 anggota kesihatan KKM yang dikesan positif COVID-19. Berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini BUKAN disebabkan oleh pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM. Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) dinasihati untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial (social distancing) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan.


Next Post Previous Post