KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes bagi 3 buah kluster iaitu Kluster Benteng LD, Kluster Telaga dan Kluster Sungai pada hari ini. Pecahan saringan dan situasi terkini bagi kluster-kluster mengikut negeri terbabit adalah seperti berikut:
a) Tawau (1,909 disaring):
b) Lahad Datu (770 disaring):
a) Kedah (1,456 disaring):
b) Pulau Pinang (122 disaring):
c) Perlis (7 disaring):
3. Kluster Telaga (jumlah saringan 4,673):
a) Kedah (4,626 disaring):
b) Pulau Pinang (47 disaring):
KKM mengambil maklum pengumuman sebentar tadi oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail bin Sabri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Daerah Kota Setar, Kedah. Ini susulan peningkatan ketara kes dalam Kluster Sungai dan Kluster Telaga di tersebut. Pelaksanaan ini akan berkuatkuasa dari 11 September 2020 sehingga 25 September 2020. Pelaksanaan PKPD secara pentadbiran di Amanjaya pula dilanjutkan sehingga 13 September 2020 bagi memastikan saringan ke atas penduduk di kawasan tersebut dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
KKM juga mengambil maklum keputusan pelaksanaan tindakan yang sama di kawasan Penjara dan Kuarters Penjara di Tawau. Keputusan wajar dan tindakan bersepadu pelbagai agensi ini akan membantu pihak KKM untuk terus menjalankan kawalan kesihatan awam di ketiga-tiga kawasan. Kerjasama rapat dengan penduduk setempat adalah amat diperlukan bagi memastikan tindakan ini berjaya memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19.