Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | ENGLISH

Ringkasan Kes COVID-19 pada 10 JUN 2020

Kes baharu dilaporkan: 2

Perincian kes baharu:-

--> 1 kes import (1 WN, 0 BWN)

--> 1 kes penularan tempatan (0 WN, 1 BWN)

  • Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 8,338
  • Jumlah kes aktif: 1,206
  • Kes sembuh: 39
  • Jumlah keseluruhan kes sembuh: 7,014
  • Jumlah keseluruhan kes di ICU: 5 (Tiada yg memerlukan bantuan alat pernafasan)
  • Kematian: 1
  • Jumlah keseluruhan kematian: 118

Nasihat berkaitan COVID-19

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

Hari ini kali terakhir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon bersama Datuk Noor Hisham dalam sidang media KKM. Beliau yang digelar 'panglima perang KKM' oleh netizen akan bersara wajib selepas 35 tahun bersama KKM. Warga kerja KKM mengucapkan terima kasih dan selamat bersara.

LAPORAN KHAS - STATISTIK KEMALANGAN JALANRAYA

Jumlah kes kemalangan jalan raya meningkat sepanjang tempoh PKPB jika dibandingkan dengan jumlah kes kemalangan jalan raya semasa PKP.

Pandulah kenderaan dan tunggang motosikal dengan lebih cermat bagi mengelakkan kemalangan.


Rekod baharu. Hanya dua kes positif baharu dilaporkan hari ini. Juga, 2 hari berturut-turut tiada kes tempatan melibatkan rakyat tempatan.

Kematian

Maklumat satu kematian terbaharu yang menjadikan sejumlah 118 kes kematian akibat #COVID19 di Malaysia, setakat ini.

Kes kematian ke-118 (kes ke-824) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 15 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 Jun 2020 jam 7.03 pagi.

Next Post Previous Post