Status Terkini TIGA Kluster di SABAH dan SATU Kluster di KEDAH (24 Sept 2020)

Kluster Bangau-Bangau

Terdapat 47 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bangau-Bangau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 60 kes. Sehingga 24 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 105 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • 60 kes dikesan positif COVID-19 (47 kes baharu); dan
  • 45 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 60 kes positif COVID-19, 42 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 18 adalah warganegara Filipina.


Kluster Laut

Terdapat 10 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Laut pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 22 kes. Sehingga 24 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 488 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • 22 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu);
  • 352 individu negatif; dan
  • 114 individu menunggu keputusan.

Kesemua 22 kes positif COVID-19 dalam kluster ini adalah di kalangan warganegara Filipina.


Kluster Benteng LD

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 730 kes. Sehingga 24 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 10,521 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Tawau (7,951 individu disaring);

  • 570 kes dikesan positif COVID-19;
  • 6,136 individu negatif; dan
  • 1,245 individu menunggu keputusan.

Lahad Datu (2,569 individu disaring):

  • 159 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 1,901 individu negatif; dan
  • 509 individu menunggu keputusan.

Sandakan – Satu (1) kes dikesan positif COVID-19, tiada saringan dan pertambahan kes baharu.

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,771 banduan dan tahanan di mana 617 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,159 kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 24 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,394 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 27 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,526 pegawai agensi kerajaan lain di mana tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 4,671 kontak sosial di mana 62 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 730 kes positif COVID-19, 415 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 315 kes adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (202 kes); dan
  • Indonesia (113 kes).

Ingin dimaklumkan bahawa jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.


Kluster Sungai

Terdapat empat (4) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 91 kes. Sehingga 24 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 25,167 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:

Kedah (24,947 individu disaring):

  • 90 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
  • 24,584 individu negatif; dan
  • 273 individu menunggu keputusan.

Pulau Pinang (142 individu disaring):

  • 142 individu negatif.

Perlis (78 individu disaring):

  • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 77 individu negatif.

Kesemua 91 kes positif dalam kluster ini merupakan warganegara Malaysia.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Next Post Previous Post