KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER LEKIR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Manjung di negeri Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17528) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lima (5) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 16 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 144 individu telah disaring, di mana:

  • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19;
  • Dua (2) individu negatif; dan
  • 136 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER BUNTAR

Kluster baharu ini melibatkan Kuala Muda di negeri Kedah, daerah Kerian di negeri Perak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18035) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 16 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 43 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER MERBOK

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17983) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 16 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 270 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 261 individu masih menunggu keputusan.

Next Post Previous Post