DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (01/12/2020)

KKM juga ingin memaklumkan terdapat dua (2) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER VIEW KOLOMBONG

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran di Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-65698) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 1 Disember 2020, sejumlah 76 individu telah disaring, di mana 40 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER TALANG-TALANG

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-55008) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 1 Disember 2020, sejumlah 67 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post