Status Terkini Kluster BENTENG LD, Kluster PULAU, Kluster SELAMAT dan Kluster BUNGA

Kluster Benteng LD

Terdapat 76 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 550 kes. Sehingga 18 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 7,814 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Lahad Datu (2,009 disaring):

  • 151 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu);
  • 1,306 individu negatif; dan
  • 552 individu menunggu keputusan.

Tawau (5,804 disaring);

  • 398 kes dikesan positif COVID-19 (66 kes baharu);
  • 4,120 individu negatif; dan
  • 1,286 individu menunggu keputusan.

Sandakan – satu (1) kes baharu, saringan yang dikesan positif COVID-19

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,388 banduan dan tahanan di mana 457 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,158 kakitangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 20 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,391 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 23 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,036 pegawai agensi kerajaan lain di mana satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 2,841 kontak sosial di mana 49 kes dikesan positif COVID-19.

Jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.

Daripada jumlah 550 kes positif COVID-19, 271 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 279 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (185 kes); dan
  • Indonesia (94 kes).


Kluster Pulau

Terdapat empat (4) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 14 kes. Sehingga 18 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 345 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Kunak (342 disaring):

  • 11 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 63 individu negatif; dan
  • 268 individu menunggu keputusan.

Semporna – Tiga (3) saringan di mana semua dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 14 kes positif COVID-19, 13 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala satu (1) adalah warganegara Filipina.


Kluster Selamat

Terdapat tiga (3) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Selamat pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak lima (5) kes. Sehingga 18 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 137 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 132 individu masih menunggu keputusan.


Kluster Bunga

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bunga pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 11 kes. Sehingga 18 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 59 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (10 disaring);

  • Empat (4) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • Enam (6) individu negatif.

Negeri Sembilan (45 disaring);

  • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan
  • 38 individu negatif.

Terengganu (4 disaring); dan

  • Empat (4) individu negatif.

Daripada jumlah saringan dalam kluster, 45 adalah warganegara Malaysia dan 14 adalah bukan warganegara yang terdiri daripada negara;

  • India: Enam (6) individu;
  • Filipina: Enam (6) individu;
  • Singapura: Satu (1) individu; dan
  • Ghana: Satu (1) individu.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi keempat-empat kluster ini masih diteruskan. Status terkini kluster-kluster akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Next Post Previous Post