Pada 7 September 2020, sebanyak 50 kes dikesan positif COVID-19 dari kluster ini. Kluster ini telah dikenal pasti pada 1 September 2020. Ia bermula dari dua (2) orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah pada 24 Ogos 2020. Mereka disaring dan didapati positif COVID-19 pada 31 Ogos 2020. Kes dimasukkan ke Hospital Lahad Datu dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat dijalankan. Dalam tempoh tujuh (7) hari, seramai 1,404 orang telah disaring dan 66 kes positif COVID-19 dikesan dengan kadar positiviti sebanyak 4.7%.
Daripada 66 kes positif COVID-19 dalam kluster ini, sebanyak 64 kes melibatkan banduan (97.0 peratus) manakala dua (2) lagi kes (3.0 peratus) merupakan seorang pegawai penjara dan anak saudaranya. Jumlah saringan yang telah dilaksanakan bagi kluster ini melibatkan:
Kluster ini melibatkan dua (2) daerah di Sabah. Daripada jumlah kes positif COVID-19 kluster ini, 30 kes (45.5 peratus) merupakan warganegara Malaysia dan 36 kes (54.5 peratus) bukan warganegara.
Pecahan saringan mengikut daerah yang terbabit adalah seperti berikut:
Lahad Datu (420 orang disaring):
Tawau (984 orang disaring):
Berdasarkan analisa risiko yang dijalankan, faktor penularan COVID-19 bagi kluster ini adalah ruang lokap yang sesak dan sempit. Didapati penjarakan fizikal sukar diamalkan. Ini merupakan penyumbang utama penularan jangkitan COVID-19 di kalangan banduan. Justeru, kepatuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah penting dan harus diamalkan sepanjang masa tanpa mengira tempat.