COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | [ENGLISH]()

Status terkini COVID-19 setakat 29 Ogos 2020

  • Jumlah discaj baru: 8
  • Jumlah kumulatif discaj: 9038 (97.0%)
  • Jumlah kes baru; 11
  • Jumlah kumulatif: 9317
  • Jumlah kes aktif: 154
  • Jumlah kematian: 1
  • Jumlah kumulatif kematian: 125 (1.34%)
  • Jumlah kes di ICU: 8
  • Pesakit intubated: 6

Nasihat berkaitan COVID-19 (klik gambar untuk besarkan)

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

LAPORAN HARIAN

Dukacita dimaklumkan satu kes kematian dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 adalah sebanyak 126 kes. Kes (ke-9290) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 75 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) dan penyakit jantung. Beliau tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Beliau mula mempunyai gejala batuk dan sesak nafas pada 7 Ogos 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah bagi jangkitan paru-paru (pneumonia).

Beliau discaj dari hospital pada 18 Ogos 2020. Beliau mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 21 Ogos 2020 dan mendapatkan rawatan pada 24 Ogos 2020 di Hospital Sultanah Bahiyah. Ujian saringan menunjukkan beliau adalah positif COVID-19. Keadaan kesihatan beliau didapati semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 29 Ogos 2020 jam 5.10 petang. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

Next Post Previous Post