COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

1) KLUSTER TUJUH SERANGKAI, SABAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Tuaran, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11569) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 5 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti 22 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 325 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • 23 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 302 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER TANAMERA, SABAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Tawau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12868) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 29 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau. Saringan kontak rapat telah mengesan 8 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 13 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • 9 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1 individu negatif; dan
  • 3 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER JALAN PANTAI, WP KUALA LUMPUR

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke14265 dan kes ke-14266) telah dikesan positif COVID-19 pada 8 Oktober 2020 hasil saringan bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan 6 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 15 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • 8 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 7 individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER BAH ARNAB, SARAWAK

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Kuching, Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13488) dikenal pasti positif COVID19 pada 7 Oktober 2020 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengesan 3 lagi kes positif COVID19. Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 20 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • 4 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 16 individu negatif.

5) KLUSTER BAH BANGAT, WP LABUAN Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-12377) telah dikesan positif COVID19 pada 3 Oktober 2020 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Saringan kontak rapat telah mengesan 8 lagi kes positif COVID-19. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Labuan untuk rawatan. Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 45 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • 9 kes dikesan positif COVID-19;
  • 32 individu negatif; dan
  • 4 individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan bagi semua kluster baharu masih dalam siasatan.

Next Post Previous Post