Status Terkini Tiga Kluster di SABAH dan Satu Kluster di KEDAH (22 Sept 2020)

Kluster Benteng LD

Terdapat 41 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 624 kes. Sehingga 22 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 10,045 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Tawau (7,542 individu disaring);

  • 466 kes dikesan positif COVID-19 (40 kes baharu);
  • 5,109 individu negatif; dan
  • 1,967 individu menunggu keputusan.

Lahad Datu (2,502 individu disaring):

  • 157 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 1,490 individu negatif; dan
  • 855 individu menunggu keputusan.

Sandakan – Satu (1) kes dikesan positif COVID-19, tiada saringan dan pertambahan kes baharu.

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,735 banduan dan tahanan di mana 514 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,159 kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 24 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,394 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 27 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,482 pegawai agensi kerajaan lain di mana tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 4,275 kontak sosial di mana 59 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 624 kes positif COVID-19, 324 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 300 kes adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (197 kes); dan
  • Indonesia (103 kes).

Ingin dimaklumkan bahawa jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.


Kluster Pulau

Terdapat enam (6) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 35 kes. Sehingga 22 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 595 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Kunak (489 individu disaring):

  • 29 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 216 individu negatif; dan
  • 244 individu menunggu keputusan.

Semporna (106 individu disaring):

  • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 37 individu negatif; dan
  • 63 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 35 kes positif COVID-19, 31 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala empat (4) adalah warganegara Filipina.


Kluster Selamat

Terdapat enam (6) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Selamat pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 25 kes. Sehingga 22 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 246 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • 25 kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu);
  • 25 individu dikesan negatif COVID-19; dan
  • 196 individu masih menunggu keputusan.
  • Kesemua 25 kes positif COVID-19 dalam kluster ini melibatkan 21 warganegara Malaysia dan empat (4) bukan warganegara.


Kluster Sungai

Terdapat sembilan (9) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 83 kes. Sehingga 22 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 24,744 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

Kedah (24,555 individu disaring):

  • 82 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu);
  • 24,205 individu negatif; dan
  • 268 individu menunggu keputusan.

Pulau Pinang (142 individu disaring):

  • 142 individu negatif.

Perlis (47 individu disaring):

  • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
  • 44 individu negatif; dan
  • Dua (2) individu menunggu keputusan.

Kesemua 83 kes positif dalam kluster ini merupakan warganegara Malaysia.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Next Post Previous Post