HEAT MAP KAWASAN AKTIF SEPANJANG PKPB DILAKSANAKAN
Sabah catat 533 kes baharu hari ini. Jumlah ini lebih rendah berbanding jumlah kes yang dilaporkan semalam. Namun, ia masih tinggi berbanding negeri-negeri lain. Usaha mengesan lebih banyak kes akan diteruskan oleh pihak KKM.
88 kes baharu dilaporkan di Selangor termasuk 1 di Sabak Bernam. Ini bermakna semua daerah di Selangor kini berada di zon kuning atau merah. Kes paling tinggi adalah di daerah Petaling. Selain itu juga, terdapat 1 kluster baharu iaitu Mentari.
11 kes baharu dilaporkan. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai 10 kes. Wilayah Persekutuan Putrajaya mempunyai 1 kes. Titiwangsa sahaja yang berada di zon merah.
LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
Senarai kluster aktif termasuk 9 kluster baharu yang melaporkan kes baharu #COVID19 hari ini. Kluster Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang dan Kluster Penjara Kepayan, Sabah, mencatatkan kes baharu paling tinggi. Kedua-dua kluster ini terasing daripada orang ramai.
KLUSTER BAHARU
KLUSTER AKTIF
Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia
TABURAN KES
PERGERAKAN 14 HARI TABURAN KES MENGIKUT DAERAH DI MALAYSIA
Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari
LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19
LAPORAN SARINGAN COVID-19
BERITA DUNIA
Negara Switzerland menjadi negara yang ke-48 merekodkan kes melebihi 100,000 kes.
Terdapat 7 negara yang telah mencapai kes 1 juta dan yang terbaru adalah negara Perancis.
Jumlah kes dunia ketika ini sudah mencapai 42.5 juta dengan kesembuhan mencapai hampir 4 juta kes dan kematian 1.15 juta kes.
Negara Amerika Syarikat mempunyai jumlah kes dan kes harian tertinggi di dunia.