Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | ENGLISH

Ringkasan Kes COVID-19 pada 9 JUN 2020

Kes baharu dilaporkan: 7

Perincian kes baharu:-

--> 6 kes import (6 WN, 0 BWN)

--> 1 kes penularan tempatan (0 WN, 1 BWN)

  • Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 8,336
  • Jumlah kes aktif: 1,244
  • Kes sembuh: 281
  • Jumlah keseluruhan kes sembuh: 6,975
  • Jumlah keseluruhan kes di ICU: 6 (1 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)
  • Kematian: 0
  • Jumlah keseluruhan kematian: 117

Kes sembuh (281 kes) adalah paling tinggi pernah dicatatkan setakat ini. Selain itu, buat pertama kalinya, tiada kes baharu membabitkan warganegara dicatatkan pada hari ini.

Nasihat berkaitan COVID-19

TERUS PATUH KEPADA S.O.P

Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia! MySejahtera

LAPORAN HARIAN

MAKLUMAN

  1. Bermula 10 Jun, semua Person Under Surveillance (PUS) samada warganegara atau bukan warganegara yang dibenar masuk ke Malaysia yang disahkan negatif Covid-19 akan jalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari di kediaman masing-masing. Jika bercadang untuk dikuarantin di hotel, kos perlu ditanggung sepenuhnya oleh individu tersebut.
  1. Keputusan ini juga terpakai untuk PUS yang masih berada di stesen kuarantin. Mereka dibenar pulang ke rumah namun perlu sambung tempoh kuarantin di rumah masing-masing.
  1. Kesemua individu berstatus PUS perlu daftar diri di aplikasi Mysejahtera dan wajib kuarantinkan diri di alamat yang didaftar di dalam aplikasi tersebut.

Setakat ini, Hospital Maeps telah berjaya merawat 1,352 kes sejak dibuka dan 935 kes telah discaj. Baki 417 masih dirawat.

KKM menggunakan maklumat terbaharu drp jumlah kes harian penularan dlm negara di kalangan warganegara & banding dgn graf pemodelan COVID-19 spt yang diramal oleh Institut Kesihatan Negara KKM, didapati ianya adalah sejajar dgn unjuran kes harian dlm pemodelan tersebut (biru). - Twitter@DGHisham

Next Post Previous Post