COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini 22 Mei 2020

Klik Untuk Capaian Melalui FB Video

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN KKM : BAHASA MELAYU | ENGLISH

KERATAN AKHBAR HARIAN : Keratan Akhbar 22 MEI 2020

KesNegeri

Terkini #covid19malaysia STATUS COVID-19, 22 Mei

Daripada 78 kes baru yang dilaporkan, 25 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 53 kes adalah penularan tempatan di mana 40 kes adalah bukan warganegara Malaysia. Daripada 40 kes bukan warganegara Malaysia ini pula, 25 kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTO) di Bukit Jalil.

Dashboard

Purple

Stats UKK

Sembuh UKK


Kes kematian ke-115 (kes ke-3616) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 65 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 3 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 21 Mei 2020 jam 2.58 petang.


Jumlah keseluruhan taburan kes Covid-19

Jumlah kes positif adalah sebanyak 7,137 bersamaan (1.45%) daripada 491,729 individu yang disampel.

Jumlah kes positif baru adalah sebanyak 78, lebih tinggi berbanding statistik 2 hari sebelumnya. Namun, peningkatan kes positif pada hari ini didorong oleh Kluster DTI yang melaporkan 25 kes baru dan kes import (25 kes baru).


LAPORAN PENGEMBARA MALAYSIA POSITIF COVID-19, 22 Mei

Daripada 78 kes baru yang dilaporkan pada hari ini, 25 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.


LAPORAN KLUSTER

a) Kluster Tamat

Terkini #covid19malaysia, 22 Mei

Terdapat satu (1) lagi kluster iaitu PUI Bali yang telah diisytiharkan tamat oleh pihak KKM, menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang telah tamat adalah sebanyak 14 buah.

Berikut adalah senarai kluster yang telah diisytiharkan tamat sehingga hari ini:

  1. Kluster Seksyen 6 Bandar Baru Bangi
  2. Kluster Warga Emas (pusat jagaan warga emas)
  3. Kluster Bandar Baru Bangi (Majlis Perkahwinan)
  4. Kluster Selayang (Pasar Harian)
  5. Kluster Rembau
  6. Kluster Tabligh Pakistan
  7. Kluster Petugas Kesihatan Sungai Buloh
  8. Kluster Pekan
  9. Kluster Kilang Pasir Gudang
  10. Kluster BBIM
  11. Kluster Tabligh Makassar Sabah
  12. Kluster Pengerang
  13. Kluster Istana Negara
  14. Kluster Pui Bali

Kenapa Rentas Negeri tidak dibenarkan?

Kluster ke-14 yang diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster PUI Bali merupakan contoh terbaik bagaimana perjalanan rentas negeri telah menyebarkan jangkitan #COVID19 tanpa disedari oleh individu yang membawa virus itu.

Kes bermula apabila seorang individu dari Tumpat, Kelantan, yang mempunyai sejarah perjalanan ke Bali telah mengadakan kontak rapat dengan abangnya di Kuantan. Abangnya telah dimasukkan ke hospital swasta kerana masalah pernafasan dan telah menjangkiti pesakit lain dan petugas kesihatan.

Seramai 43 orang telah dijangkiti dan menyebabkan empat kematian.

Dua lagi kluster berkait rentas negeri ialah Kluster Pengerang dan Rembau.

Kes Kluster Pengerang, kes indeks (pesakit positif asal) yang mulanya disyaki denggi telah merentas negeri untuk ke Selangor dan menjangkiti individu lain. Jangkitan makin menular melalui aktiviti kunjung mengunjung.

Kluster Rembau melibatkan seorang peserta Perhimpunan di Seri Petaling yang hadir ke satu mesyuarat di sebuah sekolah di Pedas. Jangkitan menular apabila ada yang menziarahi mereka yang sakit keraja dijangkiti virus COVID19.

Oleh sebab itu, kerajaan melarang perjalanan rentas negeri kecuali yang dibenarkan oleh PDRM atas sebab-sebab tertentu seperti kerja dan kecemasan.

Begitu juga aktiviti kunjung mengunjung di hari raya kerana anda mungkin membawa virus itu dan menjangkiti sanak saudara sekaligus mengancam nyawa mereka terutama warga emas dan kanak-kanak.


b) Kluster Aktif

5 Kluster yang melaporkan kes baru positif pada hari ini ialah:

1 DTI Bukit Jalil (25 kes baru) 2 Kg. Sungai Lui (11) 3 Pesantren (6) 4 Pasar Borong KL (1) 5 Pudu (1)

Kluster DTI (Depot Tahanan Imigresen) ialah kluster yang baru dikesan semalam


c) Rumusan Kes Kluster Covid-19

Kluster Perhimpunan di Masjid Seri Petaling

Kes sembuh meningkat kepada 3,004 pada hari ini berbanding semalam (2,990 kes sembuh).


LAPORAN SARINGAN

Berikut adalah saringan Covid-19 bagi (1) Tahfiz/Madrasah, Pusat Jagaan Warga Emas dan Pasar.


Bilangan Ujian Harian Makmal Covid-19 Negara

Kapasiti maksima adalah sebanyak 27,667 dan kita berjaya melaksanakan ujian sebanyak 30,020 iaitu bersamaan 109%.


DUNIA

Jumlah kes positif #COVID2019 di seluruh dunia melebihi 5.09 juta. Kematian pula melebihi 332,000 dan 1.9 juta telah pulih. China catat kadar kesembuhan paling tinggi lebih 94% dan UK paling rendah 0.45%. Kadar kesembuhan di Malaysia 82% antara yang tertinggi di dunia. Kadar kematian di Rusia lebih rendah berbanding Eropah kerana negara itu belajar daripada pengalaman yang berlaku di Itali dan Sepanyol. Rusia cepat bertindak mengasingkan individu yg berisiko, menyediakan hospital rawat COVID-19 serta kuarantin pesakit positif.

Next Post Previous Post