HEAT MAP KAWASAN AKTIF SEPANJANG PKPB DILAKSANAKAN
Sabah mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 927 kes daripada jumlah kes baharu hari ini (1,240). Namun begitu, lonjakan kes di Sabah adalah disebabkan kes positif di Penjara Kepayan iaitu 439. Selain itu, mobalisasi petugas kesihatan banyak membantu usaha saringan di lapangan serta rawatan perubatan.
Selangor lapor 177 kes baharu termasuk 1 kes import. Daripada jumlah ini, 109 adalah dari kluster-kluster sedia ada. Sabak Bernam catat 1 kes baharu semalam, menjadikan semua daerah di Selangor berada di zon kuning dan merah.
LAPORAN KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
Kluster aktif dengan kes baharu pada 26 Oktober 2020. Kluster Penjara Kepayan mencatatkan kes tertinggi (439) diikuti Penjara Seberang Perai (57). Selain Kluster Penjara Kepayan dan Seberang Perai, Kluster-kluster seperti Benteng LD, Penjara Tapah dan Tembok adalah kes-kes terasing dari orang awam dan berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
KLUSTER BAHARU
KLUSTER AKTIF
Laporan Kluster Covid-19 Yang Aktif di Malaysia
TABURAN KES
PERGERAKAN 14 HARI TABURAN KES MENGIKUT DAERAH DI MALAYSIA
Daerah warna hijau: tidak ada kes dlm 14 hari
Daerah warna kuning: ada 1-40 kes dlm 14 hari
Daerah warna merah: ada 41 kes atau lebih dlm 14 hari
LAPORAN PENGEMBARA & PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA POSITIF COVID-19
LAPORAN SARINGAN COVID-19
BERITA DUNIA
Negara Colombia menjadi negara ke-8 bagi kes yang mencapai 1 juta kes. Terdapat 48 negara yang mempunyai kes melebihi 100,000 kes.
Negara Amerika Syarikat masih lagi yang tertinggi bagi jumlah kes dan juga kes harian.
Pada ketika ini jumlah kes positif COVID-19 dunia hampir kepada 43 juta kes dengan kesembuhan 31.2 juta kes dan kematian 1.16 juta kes.