KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER PUNCAK GALAKSI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor dan Klang di negeri Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah gudang. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 541 individu telah disaring, di mana 56 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER BUKIT PUNAI
Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-79023) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Disember 2020 melalui saringan kemasukan ke wad. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER TAPAK BINA PERMAI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 1,087 individu telah disaring, di mana 48 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER TAPAK BINA MATAHARI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 778 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER TAPAK BINA LAUT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19
bermula pada 3 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 542 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER CAHAYA MAHSURI
Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-75224) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana 32 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER SERI TASIK
Kluster ini melibatkan daerah Perak Tengah dan Kinta di negeri Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-67913) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember 2020
melalui saringan pra pembedahan. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER INTEN
Kluster ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-78487) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 204 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post