KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER TAPAK BINA JALAN ZUHRAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Disember 2020 melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 19 Disember 2020, sejumlah 450 individu telah disaring, di mana 49 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER KERIS RESIDENCE

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-80664) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 19 Disember 2020, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini

3. KLUSTER JALAN TIMAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-90535) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 19 Disember 2020, sejumlah 238 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER BRUMAS

Kluster ini melibatkan daerah Kalabakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-74561) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Disember 2020 hasil saringan kendiri. Sehingga 19 Disember 2020, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER LONG PANJI

Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Machang di negeri Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-86605) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 19 Disember 2020, sejumlah 202 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post