COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini Bagi Kluster Aktif Di Malaysia

Terkini, terdapat beberapa kluster yang melibatkan anggota kesihatan dan anggota kerja agensi lain. Ini termasuk Kluster Benteng LD, Kluster Sungai dan Kluster Telaga. Pecahan saringan dan situasi terkini mengikut kluster tersebut adalah seperti berikut:

𝟭. 𝗞𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗕𝗲𝗻𝘁𝗲𝗻𝗴 𝗟𝗗, 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 (𝗺𝗲𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗟𝗮𝗵𝗮𝗱 𝗗𝗮𝘁𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗮𝘄𝗮𝘂):

a) Lahad Datu (431 disaring):

  • 87 kes dikesan positif COVID-19 (37 kes baharu);
  • 132 individu negatif; dan
  • 212 individu masih menunggu keputusan.

b) Tawau (1,579 disaring): 41 kes dikesan positif COVID-19 (25 kes baharu); 425 individu negatif; dan 1,113 individu masih menunggu keputusan.

𝟮. 𝗞𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 (𝗺𝗲𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀):

a) Kedah (470 disaring):

  • 25 kes dikesan positif COVID-19 (22 kes baharu);
  • 31 individu negatif; dan
  • 414 individu masih menunggu keputusan.

b) Pulau Pinang (5 disaring):

  • Tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • Lima (5) individu masih menunggu keputusan.

c) Perlis (4 disaring):

  • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan
  • Tiga (3) individu masih menunggu keputusan.

𝟯. 𝗞𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗧𝗲𝗹𝗮𝗴𝗮 (𝗺𝗲𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵):

a) Kedah (4,410 disaring):

  • 10 kes dikesan positif COVID-19 (tiada kes baharu);
  • 4,347 individu negatif; dan
  • 53 individu masih menunggu keputusan.

b) Pulau Pinang (46 disaring):

  • Tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 46 individu negatif.

Next Post Previous Post