Permodelan dan Ramalan COVID-19 oleh KKM (14/05/2020)
Lihat dan teliti graf pemodelan dan ramalan COVID-19 oleh KKM ini. Garis hitam adalah kes harian sebenar.
-
Graf dan garis biru menunjukkan unjuran pencapaian baik negara dalam usaha kita bersama-sama menurunkan jumlah kes COVID-19 semasa PKP 1 hingga 4 dan 10 hari PKPB. (Kebolehjangkitan atau nilai “R naught” telah menurun daripada 3.5 kepada 0.3.)
-
Kini pilihan di tangan kita semua. Sekiranya majikan, pekerja, peniaga, ahli keluarga dan masyarakat umum patuh kepada SOP serta nasihat-nasihat yang diberi KKM, garisan biru ini akan terus menurun. Begitu juga dengan kes COVID-19.
-
Namun jika rakyat leka dan tidak menjalankan tanggungjawab sosial untuk sama-sama membanteras COVID-19, graf dan garis merah menunjukan ramalan yang bakal berlaku. (Nilai R akan naik semula ke 1.6). Jumlah kes akan mula meningkat secara mendadak dan kita akan dilanda gelombang wabak COVID-19 yang baharu.