COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER SOFTWOOD LD

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-34985) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 30 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 13 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah PPR Payang.

Sehingga 7 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 109 individu telah disaring, di mana:

  • 14 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu); dan
  • 95 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER TERATAI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-35263) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 2 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 73 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 7 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 101 individu telah disaring, di mana:

  • 74 kes dikesan positif COVID-19 (58 kes baharu);
  • 17 individu dikesan negatif; dan
  • 10 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER TAPAK BINA DAMANLELA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Kepong, dan Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-37814) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan tahanan pada 6 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 14 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 7 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 292 individu telah disaring, di mana:

  • 15 kes dikesan positif COVID-19 (13 kes baharu);
  • 269 individu dikesan negatif; dan
  • Lapan (8) individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER MAHKOTA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor; daerah Kepong dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Sibu di negeri Sarawak; dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-32385) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 30 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat yang seterusnya telah mengesan sebanyak lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 7 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 56 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 28 individu dikesan negatif; dan
  • 19 individu masih menunggu keputusan.

Next Post Previous Post