COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER BANJARAN GADING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-347146) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Banjaran, Kota Kinabalu. Sehingga 2 April 2021, sejumlah 20 individu telah disaring, di manalapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian5

2. KLUSTER SIMPANG EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kunak di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340924) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya yang terletak di Kampung Simpang Empat, Kunak. Sehingga 2 April 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian4

3. KLUSTER INDUSTRI BUKIT ANGKAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Angkat, Kajang. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 38 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian1

4. KLUSTER JALAN TAAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345961) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Taat, off Jalan Tun Razak, Johor Bahru. Sehingga 2 April 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian6

5. KLUSTER JALAN BUKIT NANAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras, Titiwangsa dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-333711) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Bukit Nanas, Lembah Pantai. Sehingga 2 April 2021, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian7

6. KLUSTER JALAN PADANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tampin, Rembau, Kuala Pilah, dan Jempol di Negeri Sembilan; serta daerah Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 343950) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perkhidmatan awam yang terletak di Jalan Padang, Tampin. Sehingga 2 April 2021, sejumlah 101 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian9

7. KLUSTER WAKAF CHAGAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-331708) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Mukim Wakaf Chagak, Kuala Nerus. Sehingga 2 April 2021, sejumlah 167 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian10

8. KLUSTER KALINDUKAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Nabawan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-338696) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan pengiring ke hospital. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan di Kampung Kalindukan, Nabawan. Sehingga 2 April 2021, sejumlah 149 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian3

9. KLUSTER PERMATANG PASIR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344904) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan di Permatang Pasir, Linggi, Port Dickson. Sehingga 2 April 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian8

10. KLUSTER PEKAN BATU

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344419) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan penghuni-penghuni dan kakitangan sebuah rumah jagaan warga emas yang terletak di Pekan Batu 9, Cheras, Hulu Langat. Sehingga 2 April 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian2

Next Post Previous Post