COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian 4 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER TELUK AIR TAWAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang . Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-320536) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Teluk Air Tawar, Butterworth, Seberang Perai Utara. Sehingga 20 Mac 2021, sejumlah 335 individu telah disaring, di mana 33 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER PERINDUSTRIAN PEKAN NANAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Pekan Nanas, Pontian. Sehingga 20 Mac 2021, sejumlah 212 individu telah disaring, di mana 39 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER TANJUNG GENTING

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-322242) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes – kes dilaporkan berlaku iaitu di Tanjung Genting, Meradong. Sehingga 20 Mac 2021, sejumlah 66 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER PULAU PISANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Perak Tengah di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-313168) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes – kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Pulau Pisang, Bota, Perak Tengah. Sehingga 20 Mac 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post