Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 1,066 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 83,686 kes. Enam (6) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu tiga (3) kes di Beaufort manakala Sandakan, Kudat, dan Penampang masing-masing mencatatkan satu (1) kes. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.
Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 545 menjadikan jumlah kumulatif 76,450 orang. Seramai 3,984 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 821 orang di hospital, 3,123 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 40 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 91 orang dan 27 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Tiada pertambahan zon merah dicatatkan
Jumlah kes positif COVID-19 Sabah pada hari ini ialah (1066) kes iaitu peningkatan sebanyak (290) kes berbanding (776) kes yang dicatatkan semalam (29 Julai 2021).
Jumlah kes baharu COVID-19 bagi negeri Sabah hari ini melonjak naik 1,066 kes, angka tertinggi tahun ini.
Sarıngan Kontak Rapat masih lagi merupakan penyumbang paling tinggi iaitu sebanyak (640) kes atau 60.04% daripada kumulatif kes COVID-19 hari ini di mana daerah Kota Kinabalu mencatatkan jumlah Saringan Kontak Rapat paling tinggi iaitu (125) kes. Saringan Bergejala mencatatkan sejumlah (157) kes atau 14.73% daripada kumulatif harian Negeri Sabah.
Saringan Kluster merekodkan (157) kes atau 14.73%, manakala Sarıngan Bersasar merekodkan (51) kes atau 4.78%.
Terdapat dua (2) kluster baru dilaporkan hari ini dengan jumlah sebanyak (16) kes iaitu Kluster Batu 2, Tawau dan Kluster Jalan Gunsapau, Ranau.
Sejumlah 77.86% daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Kategori 1, iaitu (345) kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak (485) kes sekadar mengalami simptom ringan (mild). Kedua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC.
Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID- 19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak (640) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.
Terdapat dua (2) kluster baharu direkodkan hari ini.
☣️ i Kluster Batu Dua - Tawau melibatkan perebakan jangkitan COVID-19 di tempat kerja iaitu kedai roti. Kes indeks merupakan lelaki, 58, dari Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman dan tidak bekerja telah disahkan positif hasil saringan bergejala di hospital swasta pada 17 Julai 2021. Saringan kontak rapat mendapati tiga (3) rakan serumah positif, salah satu daripadanya adalah anak kepada kes indeks yang bekerja di kedai roti terbabit. Saringan tempat kerja pula mengesan lapan (8 pekerja positif COVID-19. Siasatan lanjut untuk pengesanan kontak sedang giat dijalankan dan punca jangkitan masih dalam siasatan. Setakat hari ini, daripada 66 kontak yang telah disaring, kluster ini merekodkan 27 kes positif termasuk 10 kes baharu. Manakala tiga (3) sampel didapati negatif dan 36 sampel lagi masih menunggu keputusan.
☣️ ii Kluster Gunsapau - Ranau, Kota Marudu dikategorikan sebagai kluster komuniti. Penularan jangkitan COVID-19 kluster ini melibatkan kontak sosial di Kg Tagibang dalam daerah Kota Marudu. Kes indeks merupakan wanita, 24, disahkan posiitf COVID-19 (RTK-Ag) pada 21 Julai 2021, diikuti empat (4) kontak positif RTK-Ag pada 22 Julai 2021 melalui saringan bergejala. Turut dikesan positif, kontak serumah kes indeks di Kg. Pugi Gunsapau, Kg. Nawanon dan Kg. Tagibang di Kota Marudu pada 24 dan 27 Julai 2021. Dalam tempoh itu, 164 sampel telah disaring dan mengesan 64 kes positif termasuk enam (6) kes baharu manakala 100 sampel lagi didapati negatif.