COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

KKM juga ingin memaklumkan terdapat enam belas (16) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. KLUSTER TAPAK BINA JALAN ABDUL AZIZ

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan di Jalan Dato Abdul Aziz, Seksyen 19, Petaling Jaya. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 172 individu telah disaring, di mana 56 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER BESTARI RANTAU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang yang terletak di Taman Bestari, Rantau Panjang, Klang. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER JALAN SEJAHTERA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah pasar raya yang terletak berdekatan dengan Jalan Sejahtera. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER TAPAK BINA JALAN DIGITAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor dan Hulu Terengganu, Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-141497) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja di Tapak Bina Jalan Digital yang terletak di Taman Perindustrian Kulai, Bukit Batu, Kulai. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 48 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER JALAN NIAGA

Kluster ini melibatkan daerah Kota Tinggi dan Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-157463) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada tempat di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Niaga, Kota Tinggi. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER TAMPOI LIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat di Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Jalan Tampoi, Johor. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER JALAN SEROJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-143603) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang yang tinggal di Jalan Pekeliling Seroja, Kawasan Perindustrian I-Park, Bandar Indahpura, Kulai. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 881 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER JALAN KKIP SELATAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-149138) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada kilang tempat kerja kes indeks yang terletak di KKIP Selatan, Sepanggar, Kota Kinabalu. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 125 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER KAMPUNG BALIBATA

Kluster ini melibatkan daerah Beaufort dan Sandakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-138593) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan sebelum rentas negeri. Kluster ini melibatkan majlis pengkebumian dan kenduri tahlil di Kampung Balibata, Beaufort. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER SUNGAI IBOR

Kluster ini melibatkan daerah Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-168224) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri dari Johor. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar di sebuah institusi latihan awam yang terletak di Kampung Sungai Ibor, Pedas. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 138 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER BATU ENAM

Kluster ini melibatkan daerah Batang Padang, Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-147149) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada tempat di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Orang Asli Batu Enam, Batang Padang. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12. KLUSTER PERSIARAN TASEK

Kluster ini melibatkan daerah Batang Padang, Kinta, dan Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-150527) merupakan kes Influenza Like Illness (ILI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Januari 2021. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Persiaran Tasek, Tasek Industrial Estate, Ipoh. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 181 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

13. KLUSTER TAPAK BINA BUKIT SEBUKOR

Kluster tempat kerja ini melibatkan sebuah tapak binaan di daerah Melaka Tengah, Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-165293) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Bukit Sebukor, Melaka Tengah. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 113 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

14. KLUSTER JALAN USAHA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-161674) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada tempat kerja kes indeks iaitu di Jalan Usaha, Kawasan Perindustrian Ayer Keroh, Melaka. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 36 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

15. KLUSTER SAWMILL LUIT

Kluster ini melibatkan daerah Maran dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-147323) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Pekan Sawmill Luit, Maran. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

16. KLUSTER BUKIT GELUGOR

Kluster ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-144153) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti rumah kediaman kes indeks iaitu di Bukit Gelugor, Beserah, Kuantan. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 102 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post