Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 06 NOV 2021
Updated Sun, 07 Nov 2021 13:11:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 5,382 kes (2,407,205 kes kumulatif, 96.2%);
- Kes baharu : 4,701 kes (2,501,966 kes kumulatif);
- Kes import : 28 kes (20 warganegara; 8 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 4,673 kes [4,505 warganegara (96.4%); 168 bukan warganegara (3.6%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 544 kes (527 kes disahkan COVID-19 ; 17 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 280 kes (212 kes disahkan COVID-19 ; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
- Jumlah kluster : 5,799 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 3 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,464 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 335 kluster.
Daripada 4,701 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 88 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 4,613 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W