Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 08 NOV 2021
Updated Tue, 09 Nov 2021 10:29:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 8 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 7,348 kes (2,419,743 kes kumulatif, 96.37%);
- Kes baharu : 4,543 kes (2,510,852 kes kumulatif);
- Kes import : 15 kes (13 warganegara; 2 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 4,528 kes [4,339 warganegara (95.8%); 189 bukan warganegara (4.2%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 534 kes (529 kes disahkan COVID-19 ; 5 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 263 kes (205 kes disahkan COVID-19 ; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
- Jumlah kluster : 5,812 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,498 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 314 kluster.
Daripada 4,543 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 112 kes (2.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 4,431 kes (97.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W