Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 12 DIS 2021
Updated Mon, 13 Dec 2021 11:06:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 12 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 5,399 kes (2,601,908 kes kumulatif, 96.7%);
- Kes baharu : 3,490 kes (2,691,639 kes kumulatif);
- Kes import : 14 kes (11 warganegara; 3 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 3,476 kes [3,322 warganegara (95.6%); 154 bukan warganegara (4.4%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 407 kes (341 kes disahkan COVID-19; 66 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 216 kes (135 kes disahkan COVID-19; 81 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
- Jumlah kluster : 6,037 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 2 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,794 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 243 kluster.
Daripada 3,490 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 69 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 3,421 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W