Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 09 APR 2022
Updated  Sat, 09 Apr 2022 16:30:00
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 8 April 2022:
- Kes sembuh: 14,045 kes [4,113,831 kes kumulatif (95.5%)];
 - Kes baharu: 14,944 kes (4,307,529 kes kumulatif);
 - Kes import: 104 kes [82 warganegara (78.8%); 22 bukan warganegara (21.2%)];
 - Kes tempatan: 14,840 kes [14,247 warganegara (96.0%); 593 bukan warganegara (4.0%)];
 - Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 206 kes (79 kes disahkan COVID-19; 127 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
 - Kes memerlukan bantuan pernafasan: 109 kes (48 kes disahkan COVID-19; 61 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
 
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 14,944 kes harian yang dilaporkan pada 8 April 2022:
- Kategori 1: 9,341 kes (62.51%);
 - Kategori 2: 5,537 kes (37.05%);
 - Kategori 3: 31 kes (0.20%);
 - Kategori 4: 16 kes (0.11%); dan
 - Kategori 5: 19 kes (0.13%).
 
Daripada 66 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 8 April 2022:
- 11 kes (16.67%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
 - 35 kes (53.03%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
 - 20 kes (30.30%) telah menerima dos penggalak (booster);
 - 33 kes (50.00%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
 - 32 kes (48.48%) mempunyai komorbid.
 
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,947 kluster;
 - Jumlah kluster baharu: 2;
 - Jumlah kluster yang telah tamat: 6,812 kluster; dan
 - Jumlah kluster aktif: 135 kluster.
 
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W
[plugin:youtube]()