Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 234 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 389,061.
Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 300 (termasuk yang discaj darihospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 380,279 orang. Manakala 272 pesakitsedang menerima rawatan iaitu 264 orang di hospital, tujuh (7) orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam dan satu (1) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 22 orang iaitu 19 orang di ICU/repurposed kritikal care dan tiga (3) orang di open ward (HDW/kubikel akut) manakala 13 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a. Angka jangkitan baharu menyusut kepada 234 kes hari ini, penurunan 60 kes berbanding hari sebelumnya.
b. Penurunan angka jangkitan baharu adalah disebabkan oleh jumlah sampel ujian yang lebih rendah sebanyak 2,407 berbanding 2,841 kelmarin. Walau bagaimanapun, kadar positiviti 11.09% hari ini adalah ini lebih tinggi daripada 10.52% sebelumnya.
c. Sebanyak 20 daerah daripada 27 daerah di Sabah merekodkan penurunan kes baharu, tiga (3) daerah merekodkan peningkatan dan empat (4)daerah kekal sebagaimana catatan semalam. Lapan (8) daerah mencatatkan kes dua (2) angka iaitu kota Kinabalu 76 kes (+4), Sandakan 27 kes (-9), Penampang 24 kes (-1), Tawau 19 kes (-7), Beaufort 17 kes (-3), Putatan 11 kes (-2), Tuaran 11 kes (-5) dan Papar 10 kes (+2). Sebanyak lapan (8) daerah juga tidak mencatatkan sebarang kes baharu.
d. Sebanyak 225 daripada 234 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, tiga (3) kes dalam Kategori 3, empat (4) kes dalam Kategori 4 dan dua (2) kes dalam Kategori 5.
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.
Jumlah kapasiti katil 1,004 unit.
Hospital 956 unit.
PKRC (Awam) 20 unit.
Hospital Swasta 28 Unit
Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 27.09%