[Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan KKM]()
Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 07 MAC 2022
Updated Tue, 08 Mar 2022 16:40:00
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 6 Mac 2022:
- Kes sembuh: 30,335 kes [3,281,128 kes kumulatif (90.57%)];
- Kes baharu: 27,435 kes (3,622,607 kes kumulatif);
- Kes import: 254 kes [232 warganegara (91.3%); 22 bukan warganegara (8.7%)];
- Kes tempatan: 27,181 kes [26,263 warganegara (96.6%); 918 bukan warganegara (3.4%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 379 kes (122 kes disahkan COVID-19; 257 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 216 kes (73 kes disahkan COVID-19; 143 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 27,435 kes harian yang dilaporkan pada 6 Mac 2022:
- Kategori 1: 9,756 kes (35.56%);
- Kategori 2: 17,495 kes (63.77%);
- Kategori 3: 89 kes (0.33%);
- Kategori 4: 53 kes (0.19%); dan
- Kategori 5: 42 kes (0.15%).
Daripada 184 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 6 Mac 2022:
- 55 kes (29.89%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 85 kes (46.20%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 44 kes (23.91%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 98 kes (53.26%) berumur 60 tahun dan ke atas
- 64 kes (34.78%) mempunyai komorbid; dan
- 3 kes (1.63%) kes adalah kes ibu mengandung
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,841 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 4 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,387 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 454 kluster
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W