Status Terkini Empat Kluster di SABAH dan Satu Kluster di KEDAH
Kluster Benteng LD
Terdapat 105 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 729 kes. Sehingga 23 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 10,389 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:
Tawau (7,826 individu disaring);
- 570 kes dikesan positif COVID-19 (104 kes baharu);
- 5,109 individu negatif; dan
- 2,147 individu menunggu keputusan.
Lahad Datu (2,562 individu disaring):
- 158 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
- 1,490 individu negatif; dan
- 914 individu menunggu keputusan.
Sandakan – Satu (1) kes dikesan positif COVID-19, tiada saringan dan pertambahan kes baharu.
Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:
- 1,736 banduan dan tahanan di mana 617 kes dikesan positif COVID-19;
- 1,159 kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 24 kes dikesan positif COVID-19;
- 1,394 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 27 kes dikesan positif COVID-19;
- 1,518 pegawai agensi kerajaan lain di mana tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
- 4,582 kontak sosial di mana 61 kes dikesan positif COVID-19.
Daripada jumlah 729 kes positif COVID-19, 414 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 315 kes adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:
- Filipina (202 kes); dan
- Indonesia (113 kes).
Ingin dimaklumkan bahawa jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.
Kluster Bangau-Bangau
Terdapat lapan (8) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bangau-Bangau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 13 kes. Sehingga 23 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 105 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:
- 13 kes dikesan positif COVID-19 (8 kes baharu); dan
- 92 individu masih menunggu keputusan.
Daripada jumlah 13 kes positif COVID-19, 10 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala tiga (3) adalah warganegara Filipina.
Kluster Laut
Terdapat lapan (8) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Laut pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 12 kes. Sehingga 23 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 488 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:
- 12 kes dikesan positif COVID-19 (8 kes baharu);
- 345 individu negatif; dan
- 131 individu menunggu keputusan.
Kesemua 12 kes positif COVID-19 kluster ini adalah warganegara Filipina.
Kluster Pulau
Terdapat dua (2) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 37 kes. Sehingga 23 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 731 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:
Kunak (618 individu disaring):
- 31 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
- 261 individu negatif; dan
- 326 individu menunggu keputusan.
Semporna (113 individu disaring):
- Enam (6) kes dikesan positif COVID-19;
- 37 individu negatif; dan
- 70 individu masih menunggu keputusan.
Daripada jumlah 37 kes positif COVID-19, 33 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala empat (4) adalah warganegara Filipina.
Kluster Sungai
Terdapat empat (4) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 87 kes. Sehingga 23 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 24,870 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:
Kedah (24,674 individu disaring):
- 86 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
- 24,469 individu negatif; dan
- 119 individu menunggu keputusan.
Pulau Pinang (142 individu disaring):
- 142 individu negatif.
Perlis (54 individu disaring):
- Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
- 52 individu negatif; dan
- Satu (1) individu menunggu keputusan.
Kesemua 87 kes positif dalam kluster ini merupakan warganegara Malaysia.