Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 11 JAN 2022
Updated Wed, 12 Jan 2022 9:42:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh: 2,977 kes (2,720,399 kes kumulatif, 97.4%)
- Kes baharu : 3,175 kes (2,792,035 kes kumulatif);
- Kes import : 272 kes (224 warganegara; 48 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 2,903 kes [2,745 warganegara (94.6%); 158 bukan warganegara (5.4%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 229 kes (200 kes disahkan COVID-19; 29 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 99 kes (68 kes disahkan COVID-19; 31 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,176 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,998 kluster;
- Jumlah kluster aktif : 178 kluster.
Daripada 3,175 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 60 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 3,115 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W