SEMBILAN (9) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (30/03/2021)
Perincian sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER JALAN WESTERN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-328584) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah ladang yang terletak di Western Access Road, Sepang. Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 356 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN SC SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan SC 1, Pusat Perindustrian Sungai Chua, Kajang. Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN PINANG RAJA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343020) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Pinang Raja 18/2, Shah Alam. Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 230 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER BATU ENAM SETENGAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 6½, Sungai Gadut Industrial Park, Seremban. Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 155 individu telah disaring, di mana 47 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER JALAN SULAIMAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong, Titiwangsa, dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling dan Gombak di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-342148) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap, Lembah Pantai. Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER FASA DUA SEMARAK
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-339789) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Taman Semarak, Tawau. Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER RANGGU
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 340925) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Ranggu, Sri Tanjung, Tawau. Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
8. KLUSTER JALAN MERAK
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-339852) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Merak 21, Bandar Putra, Kulai. Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
9. KLUSTER KOTA KEMAJUAN
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 339859) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pesakit-pesakit sebuah pusat hemodialisis yang terletak di Jalan Kemajuan, Kota Tinggi. Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana lima (5) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.