COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN SEMTEC

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Semtec 3, Semenyih Technology Park, Hulu Langat. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian3

2. KLUSTER JALAN INDUSTRI MEKANIKAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-377847) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkilangan yang terletak di Jalan Industri 2, Taman Perindustrian Pekan Nenas, Pontian. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 119 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian6

3. KLUSTER JALAN SKIN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi dan Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-368806) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Skin, Kota Kechil, Kota Tinggi. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 105 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian5

4. KLUSTER KOTA SAWIT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-364597) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 April 2021 hasil saringan di tempat kerja. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Pekan Kota Kinabatangan, Kinabatangan. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 194 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian4

5. KLUSTER JALAN SALAHUDDIN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Petaling, Hulu Langat dan Gombak di Selangor; dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-372981) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian7

6. KLUSTER JALAN RAJI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Petaling, Sabak Bernam dan Klang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 361107) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Mat Raji, Padang Jawa, Shah Alam, Petaling. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 110 individu telah disaring, di mana 42 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian2

7. KLUSTER SUNGAI BANUS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Selangau di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti yang menetap di Sungai Anus, Selangau. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana 41 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian8

8. KLUSTER JALAN POKOK MANGGA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 377073) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Pokok Mangga, Melaka Tengah. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian13

9. KLUSTER TAMAN CHANGKAT

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-381232) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Taman Changkat, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Hilir Perak. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian10

10. KLUSTER JALAN SHAH BANTING

Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 April 2021 hasil saringan bersasar pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Sultan Suleiman Shah, Banting, Kuala Langat. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 913 individu telah disaring, di mana 58 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian1

11. KLUSTER MENGKEBANG

Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kuala Krai di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359037) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan masuk wad. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Mengkebang, Kuala Krai. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 178 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian11

12. KLUSTER DINAMIK

Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kota Setar di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-381650) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Sultanah, Alor Setar. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian12

13. KLUSTER KAMPUNG BANGKAHULU

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Tampin dan Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-370174) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Bangkahulu, Tampin. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian9

Next Post Previous Post