COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 27 MAC 2022

/ harian

Updated Sun, 27 Mar 2022 18:13:00

KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 26 Mac 2022:

  • Kes sembuh: 25,467 kes [3,844,766 kes kumulatif (93.3%)];
  • Kes baharu: 20,923 kes (4,122,004 kes kumulatif);
  • Kes import: 228 kes [203 warganegara (89.0%); 25 bukan warganegara (11.0%)];
  • Kes tempatan: 20,695 kes [19,905 warganegara (96.2%); 790 bukan warganegara (3.8%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 302 kes (141 kes disahkan COVID-19; 161 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 198 kes (94 kes disahkan COVID-19; 104 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 20,923 kes harian yang dilaporkan pada 26 Mac 2022:

  • Kategori 1: 7,802 kes (37.29%);
  • Kategori 2: 13,006 kes (62.16%);
  • Kategori 3: 44 kes (0.21%);
  • Kategori 4: 26 kes (0.12%); dan
  • Kategori 5: 45 kes (0.22%).

Daripada 115 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 26 Mac 2022:

  • 33 kes (28.70%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 48 kes (41.74%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 34 kes (29.57%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 73 kes (63.48%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 63 kes (54.78%) mempunyai komorbid; dan
  • 1 kes (0.87%) kes adalah kes ibu mengandung

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 6,926 kluster;
  • Jumlah kluster baharu:3;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,694 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 232 kluster.

Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W

Akan Dikemaskini... Updating...

Next Post Previous Post