COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

SYOR TERKINI PEMBERIAN DOS TAMBAHAN DAN DOS PENGGALAK VAKSIN COVID-19

KENYATAAN MEDIA KKM 29/06/2022 : SYOR TERKINI PEMBERIAN DOS TAMBAHAN DAN DOS PENGGALAK VAKSIN COVID-19

KKM akan melaksanakan pemberian dos penggalak kedua kepada individu berisiko tinggi berumur 18 hingga 59 tahun dan petugas kesihatan barisan hadapan.

Selain itu, pemberian vaksin Can Sino Bio sebagai dos penggalak secara heterologus kepada penerima vaksin lengkap tanpa mengira jenis vaksin dos primer juga akan diperluaskan.

Langkah ini bertujuan agar populasi Malaysia mendapat perlindungan yang optima terhadap penyakit COVID-19.

booster1

Memandangkan tahap keberkesanan vaksin terhadap kemasukan ke wad di kalangan remaja menurun antara 42 hingga 73% setelah 5 hingga 10 bulan penerimaan dos kedua dan sebagaimana dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal Vaksin COVID-19, KKM ingin memaklumkan tentang pemberian dos ketiga (dos tambahan) vaksin COVID-19 sebagai pelengkap vaksinasi dos primer sebanyak tiga (3) dos bagi individu berumur 5 hingga 17 tahun yang berisiko tinggi serta pemberian dos penggalak pertama kepada individu berumur 12 hingga 17 tahun yang berisiko tinggi.

Langkah ini bertujuan memberi perlindungan optimum kepada kumpulan kanak-kanak dan remaja ini dari gejala teruk COVID-19.

booster2