Putrajaya, Perlis, Kelantan dan Pahang tidak melaporkan kes baharu hari ini. Kesemua 1,168 kes positif hari ini adalah kes tempatan. Untuk makluman, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikenakan ke atas semua negeri semenanjung untuk tempoh 4 minggu bermula 9 November - 6 Disember 2020 kecuali 3 negeri Perlis, Pahang dan Kelantan.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
Sabah: 616 kes
256 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Softwood LD;
205 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
155 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Selangor: 247 kes
154 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk 58 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Teratai;
65 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Labuan : 104 kes
57 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan : 68 kes
61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Satu (1) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak : 37 kes
36 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 28 kes
20 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Damanlela dan Kluster Mahkota;
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sarawak : 25 kes
19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang : 18 kes
16 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah : 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
Johor : Lima (5) kes
Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada; dan
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Terengganu :Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada.
Melaka : Dua (2) kes
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.