Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 124 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 369,184 kes. Tiada kes kematian dilaporkan hari ini.
Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 210 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 354,079 orang. Manakala 254 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 246 orang di hospital, lapan (8) orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC). Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 19 orang merangkumi 18 di ICU/repurposed kritikal care serta satu (1) di open ward (HDW/kubikel akut) dan lapan (8) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated)
Kedudukan Kes Positif COVID-19
a Jumlah jangkitan baharu naik 18 kes, daripada 106 kes kelmarin kepada 124 kes hari ini.
b Sebanyak 11 daerah mencatat jumlah kes harian yang lebih tinggi walaupun pada kadar yang rendah. Ia didahului oleh Kota Kinabalu dengan 33 kes baharu, pertambahan sembilan (9) kes setelah mencatatkan penurunan 33 kes semalam. Daerah Tuaran (+6), Papar (+1), Beaufort (+2) dan Putatan (+2) juga merekod pertambahan tetapi Penampang (-1), daerah di pinggir Kota Kinabalu menurun satu (1) kes berbanding pertambahan tujuh (7) kes kelmarin.
c Jumlah kes harian menurun secara marginal di sembilan (9) daerah dengan Sandakan dan Keningau merekodkan penurunan yang terbanyak, masing masing sebanyak 4 kes. Semalam Sandakan turun lima (5) kes sementara Keningau tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini. Selain Keningau, enam (6) lagi daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu.
d Empat (4) daerah mencatatkan kes baharu dua (2) angka berbanding tiga (3) daerah semalam. Tuaran mencatat kes satu (1) angka kelmarin lapan (8) tetapi bertambah kepada 14 kes hari ini. Sebanyak 16 daerah mencatat kes baharu satu (1) angka berbanding 17 daerah semalam. Tidak ada catatan jangkitan baharu di tujuh (7) daerah.
e Secara keseluruhan, kedudukan kes jangkitan COVID-19 di semua daerah di Sabah masih dianggap stabil walaupun terdapat pertambahan 18 kes hari ini. Jumlah daerah yang mencatat pertambahan dan daerah yang merekodkan penurunan juga seimbang. Malah, pada hari ini peratusan jangkitan sporadik menurun kepada sekitar 48% sahaja berbanding 64% semalam.
f Seramai 120 orang daripada 124 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, seorang (1) dalam Kategori 3, dua (2) orang dalam Kategori 4 dan seorang (1) dalam Kategori 5
Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.
Jumlah kapasiti katil 2,618 unit.
a) Hospital 1,273 unit.
b) Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam 1,105 unit.
c) Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara 212 unit.
d) Hospital Swasta 28 Unit
Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 9.70 %