Kluster Baharu : KLUSTER ARA
KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dilaporkan di Pulau Pinang. Kes indeks kluster ini adalah seorang lelaki berumur 44 tahun yang merupakan warganegara Malaysia (iaitu kes ke-10024). Kes indeks telah dikesan positif COVID-19 melalui saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sandakan, Sabah pada 15 September 2020 berikutan kedatangan kes dari Semenanjung Malaysia.
Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan satu (1) kes positif COVID-19 dikenal pasti. Kes positif ini (kes ke-10217) merupakan merupakan anak saudara kepada kes indeks (iaitu kes ke-10024). Kes dikesan positif COVID-19 pada 19 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.
Sehingga 20 September 2020, 12 tengah hari, sejumlah 16 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
- Dua (2) dikesan positif COVID-19; dan
- 14 dikesan negatif.
Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang terlibat. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.