Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia 19 JAN 2022
Updated Thu, 20 Jan 2022 13:20:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 19 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh: 2,848 kes (2,744,203 kes kumulatif, 97.4%)
- Kes baharu : 3,229 kes (2,817,163 kes kumulatif);
- Kes import : 239 kes (175 warganegara; 64 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 2,990 kes [2,899 warganegara (97.0%); 91 bukan warganegara (3.0%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 162 kes (133 kes disahkan COVID-19; 29 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 76 kes (55 kes disahkan COVID-19; 21 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,255 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 20 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 6,054 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 201 kluster.
Daripada 3,229 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 38 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 3,191 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W