COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER SUNGAI PUTEH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-312147) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Bukit Puteh, Sungai Puteh, Lembah Jaya Utara, Hulu Langat. Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER DAGANG PERMAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pengawal-pengawal keselamatan dan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Taman Dagang Permai, Ampang, Hulu Langat. Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 135 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER PARIT PENYENGAT DARAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Parit Jamil, Muar. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja kilang tersebut yang terletak di Parit Penyengat Darat, Muar. Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 317 individu telah disaring, di mana 124 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER PONA

Kluster import ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Mac 2021 hasil saringan sebelum ke luar negara. Kluster ini melibatkan krew-krew sebuah kapal kargo yang berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru pada 6 Mac 2021. Kapal kargo ini mempunyai sejarah perjalanan dari Surabaya, Indonesia. Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER MELOR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pusa di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-298181) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Lorong Melor, Kampung Tengah Beladin, Pusa. Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 335 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post