COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

SITUASI SEMASA KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA (01/03/2022)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin melaporkan status kluster COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Februari 2022 [Minggu Epidemiologi (ME) 8/2022] (jam 12:00 tengah hari);

Dari 25 Januari 2020 hingga 26 Februari 2022, sebanyak 6,774 kluster telah dilaporkan melibatkan 542,296 kes (Rajah 2). Peratus kes dalam kluster mengikut kategori adalah seperti dalam Rajah 3. Sebanyak 6,280 kluster telah tamat menjadikan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 494 kluster.

Pecahan kluster mengikut kategori adalah:

  • Kluster tempat kerja (58.46%);
  • Kluster komuniti (20.41%);
  • Kluster pusat tahanan (7.62%);
  • Kluster pendidikan (7.22%) dan;
  • Lain-lain: Kluster aktiviti keagamaan, kluster kumpulan berisiko, dan kluster import.

image-4

image-5

Dari 1 Januari 2022 hingga 26 Februari 2022, sebanyak 643 kluster telah dilaporkan (Rajah 4):

  • Kluster pendidikan : 407 kluster (63.3%);
  • Kluster tempat kerja : 133 kluster (20.7%);
  • Kluster kumpulan berisiko : 49 kluster (7.6%;
  • Kluster komuniti : 28 kluster (4.4%);
  • Kluster import : 12 kluster (1.9%);
  • Kluster pusat tahanan : 10 kluster (1.5%); dan
  • Kluster aktiviti keagamaan : 4 kluster (0.6%).

Pada ME 8/2022, terdapat penurunan jumlah kluster yang dilaporkan sebanyak 48 kluster (40.7%) iaitu sebanyak 70 kluster dilaporkan pada ME 8/2022 berbanding 118 kluster dilaporkan pada ME 7/2022.

Kategori kluster yang menunjukkan peningkatan pada ME 8/2022 adalah:

  • Kluster kumpulan berisiko meningkat sebanyak 5 Kluster (62.5%) dengan 13 kluster pada ME 8/2022 berbanding lapan (8) kluster pada ME 7/2022; dan
  • Kluster komuniti meningkat sebanyak 1 kluster (100%) dengan 2 kluster pada ME 8/2022) berbanding 1 kluster pada ME 7/2022.

Kluster yang menunjukkan penurunan pada ME 8/2022 adalah:

  • Kluster pendidikan menurun sebanyak 52 (56.5%) dengan 40 kluster pada ME 8/2022 berbanding 92 kluster pada ME 7/2022 ; dan
  • Kluster pusat tahanan menurun sebanyak 2 kluster (66.7%) dengan 1 kluster pada ME 8/2022 berbanding 3 kluster pada ME 7/2022.

Bagi kluster tempat kerja, jumlah kluster yang dilaporkan pada ME 7/2022 dan ME 8/2022 adalah sama dengan 14 kluster telah dilaporkan pada kedua-dua minggu.Tiada kluster import dan kluster aktiviti keagamaan dilaporkan pada ME 7/2022 dan ME 8/2022.

image-6

KLUSTER TEMPAT KERJA MENGIKUT TARIKH KLUSTER DIUMUMKAN (25 JANUARI 2020 HINGGA 26 FEBRUARI 2022)

Dari 25 Januari 2020 hingga 26 Februari 2022, terdapat sejumlah 3,494 kluster tempat kerjatelah dilaporkan dengan 3,408 kluster tempat kerja telah tamat menjadikan sebanyak 86 kluster tempat kerja yang masih aktif.

Pada tahun 2022 (sehingga 26 Februari 2022), terdapat sebanyak 133 kluster tempat kerja telah dilaporkan. Jumlah kluster tempat kerja yang dilaporkan pada tahun 2022 mewakili empat (4) peratus dari keseluruhan kluster tempat kerja dalam tiga (3) tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2022, majoriti kluster tempat kerja adalah dari subkategori sektor pembuatan, diikuti subkategori perkhidmatan dan pentadbiran awam, pertanian, pembinaan, dan perlombongan / kuari (Rajah 5).

image-7

TREN KLUSTER TEMPAT KERJA

Jumlah kluster tempat kerja tertinggi telah dilaporkan pada ME 33/2021, namun bermula ME 37/2021, tren ini mula menunjukkan penurunan (Rajah 6). Ini selaras dengan kejayaan program vaksinasi, walaupun terdapat mobilisasi dalam kalangan penduduk semasa Fasa Pemulihan ini.

Pada tahun 2022, jumlah kluster tempat kerja tertinggi telah dilaporkan pada ME 6/2022 dengan 23 kluster diikuti tren penurunan pada ME 7/2022 dan ME 8/2022 dengan 14 kluster dilaporkan pada kedua-dua minggu (Rajah 6).

image-8

Secara keseluruhannya, sebanyak 201,281 kes (63 peratus) dari keseluruhan kluster tempat kerja melibatkan bukan warganegara.

Dari 1 Januari 2021 hingga 26 Februari 2022, siasatan mendapati, punca penularan paling tinggi adalah di tempat kerja (56.8%), diikuti asrama pekerja (29.08%), rumah kongsi (13.38%), tempat-tempat lain (0.51%), dan rumah sewa (0.23%) (Rajah 7).

image-9

Risiko jangkitan/ penularan berkemungkinan boleh berlaku dalam kalangan komuniti dan seterusnya merebak di tempat kerja, begitu juga sebaliknya iaitu boleh menular dari tempat kerja ke dalam kalangan komuniti. Hasil siasatan mendapati, risiko utama adalah disebabkan oleh aktiviti rutin dan aktiviti bukan rutin;

Aktiviti rutin adalah seperti :

  • Pengangkutan pergi dan pulang dari tempat kerja; dan
  • Risiko ditempat kerja seperti di ruangan parkir, laluan masuk, stesen kerja, kantin, pantri, tandas, ruang rehat, dan surau.

Manakala aktiviti yang bukan rutin merangkumi – Mesyuarat, latihan, perhimpunan, majlis sosial, dan aktiviti bersukan.

Punca utama jangkitan adalah seperti berikut:

  1. Ketidak patuhan SOP semasa pergaulan di tempat kerja dan di luar waktu kerja terutamanya sewaktu di asrama atau hostel pekerja juga di rumah sewa pekerja serta semasa di dalam pengangkutan pekerja.
  2. Amalan pemakaian pelitup muka semasa berada di tempat kerja dan asrama masih belum di tahap optima. Pergerakan pekerja yang bebas semasa berada di tempat kerja dan asrama pekerja serta pergaulan rapat semasa pekerja berada di asrama.
  3. Tiada penjarakan fizikal semasa aktiviti kerohanian khususnya di surau.
  4. Individu bergejala lewat dikesan di mana pekerja tidak memaklumkan kepada penyelia sewaktu mula bergejala.
  5. Pihak atasan bergejala tetapi masih hadir ke tempat kerja dan menyebabkan jangkitan kepada pekerja dan kakitangan lain.
  6. Pekerja yang dikuarantin di asrama atau rumah sewa pekerja masih gagal mematuhi arahan kuarantin.
  7. Ruangan tumpuan pekerja sangat sempit dan tidak dilakukan disinfeksi secara berkala.
  8. Sistem pengudaraan yang tidak mencukupi – tiada ekzos fan bagi bilik aircond, tingkap di tempat kerja dan asrama pekerja.

Cadangan penambahbaikan terdiri dari tiga (3) tempat utama iaitu tempat kerja, tempat tinggal pekerja, dan pengangkutan:

Tempat Kerja :

  1. Penyeliaan yang ketat dalam pematuhan SOP di tempat kerja.
  2. Sistem masuk kerja secara staggered bagi mengurangkan kesesakan semasa clock in/ clock out dan di bilik loker;
  3. Waktu rehat berperingkat.
  4. Akses bagi fasiliti perlu sahaja.
  5. Pemasangan visual cues (penanda di lantai bagi memastikan penjarakkan sosial).
  6. Latihan berkala kepada pekerja.
  7. Kerjasama dengan NGO bagi penyampaian maklumat dan komunikasi risiko yang berkesan (building trust).

Tempat Tinggal Pekerja:

  1. Penguatkuasaan tegas Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan, dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
  2. Penyediaan penginapan pekerja yang kondusif.
  3. Menstruktur semula tempat penginapan pekerja yang sesak, sempit, dan tidak bersih.
  4. Memastikan aliran udara dan ventilasi yang sesuai di tempat penginapan pekerja.
  5. Penyediaan tempat pengasingan bagi kes-kes positif COVID-19 dan kontak rapat perlu dikuarantin.
  6. Sokongan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) kepada industri kecil dan sederhana dalam penyediaan tempat tinggal pekerja.
  7. Pengangkutan:

Hadkan jumlah pekerja dalam pengangkutan.

  1. Pematuhan kepada konsep safe workplace bubble bagi mengelakkan percampuran kohort pekerja.
  2. Disinfeksi permukaan sentuh dalam pengangkutan secara kerap.
  3. Penggunaan pelitup muka dalam pengangkutan.
  4. Sanitasi tangan sebelum masuk ke dalam pengangkutan.
  5. Penekanan etika batuk dan bersin yang betul semasa dalam pengangkutan.

Pengukuhan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)

  • Semua pekerja yang belum mengambil vaksin COVID-19 atau cicir dos kedua vaksinasi COVID-19 adalah disarankan untuk mengambil vaksinasi secara walk in di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) berhampiran dengan tempat tinggal mereka.

Ventilasi Tempat Kerja

  • Seperti yang diketahui, risiko penularan COVID-19 adalah tinggi di dalam bangunan tertutup dengan sistem pengudaraan yang kurang baik berbanding di luar bangunan atau di tempat yang mempunyai ventilasi yang lebih baik. Beberapa kajian menunjukkan bahawa virus COVID-19 akan terampai lama di udara dan boleh tersebar sejauh dua (2) hingga enam (6) meter dalam ruangan tertutup tanpa pengudaraan yang baik.

Panduan pengudaraan dan kualiti udara dalaman bagi tetapan bukan kediaman semasa Pandemik COVID-19

Sistem Penyaman Udara dengan Pengudaraan Mekanikal (Sistem Penyaman Udara Berpusat). Penilaian sistem dan penyeleggaraan sistem merangkumi:

  1. Penilaian sistem:

    • Pastikan semua komponen diselenggara;
    • Tingkatkan pengudaraan udara bersih;
    • Periksa dan tukar penapis secara berkala; dan
    • Kurangkan kepadatan penghuni.
  2. Penyelenggaraan sistem :

    • Sistem air bangunan hendaklah ditukar dan diselenggara dengan betul;
    • Pemeriksaan harian komponen (contohnya penggunaaan penapis minima MERV 13 atau High Efficiency Particulate Air (HEPA);
    • Hidupkan kipas ekzos secara berterusan untuk memastikan tekanan negatif relatif kepada ruangan bersebelahan; dan
    • Suhu 230C-260C dengan kelembapan relatif 40%-70%.
  3. Sistem Penyaman Udara Tanpa Udara Segar (Sistem Penyaman Udara Tidak Berpusat)

    • Buka tingkap dan pintu bagi kemasukan udara segar/semula jadi;
    • Pastikan kipas ekzos sentiasa dibuka bagi meningkatkan pengudaraan;
    • Gunakan pembersih udara mudah alih (cadangan penggunaan penapis HEPA); dan
    • Memastikan material air (water seal) dalam keadaan baik dan kenalpasti rekahan.
  4. Pengudaraan Semula jadi

    • Buka tingkap dan pintu bagi kemasukan udara segar/semula jadi;
    • Bersihkan dan singkirkan udara dalaman dengan kerap (halakan kipas ke arah tingkap dan pintu;
    • Jangan halakan aliran angina kipas secara terus dari seorang penghuni ke penghuni yang lain; dan
    • Pastikan kipas ekzos sentiasa dihidupkan bagi meningkatkan pengudaraan.

Rujuk : KPKESIHATAN.COM

Next Post