SEMBILAN (9) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (18/01/2021)
KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER TAMAN TASIK SUNGAI CHUA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah pasar raya. Nama kluster merujuk kepada kediaman kes-kes dalam kluster ini iaitu di Taman Tasik Sungai Chua, Kajang, Selangor. Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 147 individu telah disaring, di mana 60 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER KOMPLEKS SEGAMAHA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-152949) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan di tempat kerja. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja ladang kelapa sawit di Kompleks Segamaha, Kinabatangan, Sabah. Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 250 individu telah disaring, di mana 58 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN BUKIT BENDERA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Papar, dan Beaufort di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-125850) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Jalan Bukit Bendera, Kota Kinabalu. Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER JALAN SURIA
Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan swasta yang terletak di Jalan Suria, Johor Bahru, Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-157417) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 686 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER TAPAK BINA JALAN NIPAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan di Jalan Nipah, Titiwangsa. Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 517 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER TAPAK BINA ERA DUTA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan di Jalan Dutamas, Kepong. Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 420 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER PULAU LIMA
Kluster ini melibatkan daerah Pasir Puteh di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135920) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh, Kelantan. Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
8. KLUSTER JALAN TJ
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-127007) merupakan seorang pekerja kilang yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kilang tersebut di Jalan TJ, Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar. Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 129 individu telah disaring, di mana 39 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
9. KLUSTER KAFE GENTING
Kluster tempat kerja ini melibatkan sebuah kafe pusat rekreasi di Genting Highlands, Bentong, Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-118989) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.