COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN SIMPANG BALAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat yang terletak di Jalan Simpang Balak, Kampung Sungai Balak, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 90 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian1

2. KLUSTER JALAN KERETAPI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Keretapi Lama, Kampung Perepat, Kapar, Klang. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 192 individu telah disaring, di mana 81 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian2

3. KLUSTER SUNGAI KLUANG EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Hilir Sungai Kluang 4, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 444 individu telah disaring, di mana 33 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian10

4. KLUSTER JALAN PADANG BENGGALI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Padang Benggali, Teluk Air Tawar, Butterworth, Seberang Perai Utara. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 127 individu telah disaring, di mana 42 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian9

5. KLUSTER JALAN BANGUNAN KERAJAAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Beluru dan Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-342623) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Bangunan Kerajaan, Beluru. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 171 individu telah disaring, di mana 37 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian8

6. KLUSTER PERSIARAN INDAHPURA UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru, dan Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345968) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Persiaran Indahpura Utama, Kulai. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian3

7. KLUSTER SUNGAI KAWI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong dan Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344992) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Sungai Kawi, Meradong. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 224 individu telah disaring, di mana 127 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian7

8. KLUSTER JALAN PERSIARAN PUTRI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kulai, Kota Tinggi, Muar, dan Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-352469) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang telah berlangsung pada 28 Mac 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Persiaran Sri Putri, Taman Putri Kulai, Kulai. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian4

9. KLUSTER TEMBOK CHOH DUA

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345986) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 April 2021 hasil saringan sebelum masuk wad. Nama kluster merujuk kepada lokaliti pusat tahanan yang terletak di Jalan Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 155 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian5

10. KLUSTER HIGHLINE

Kluster import ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-351406) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 April 2021 hasil saringan sign off. Kluster ini melibatkan krew-krew sebuah kapal yang berlabuh di Perairan Pengerang, Kota Tinggi. Sehingga 7 April 2021, sejumlah 14 individu telah disaring, di mana lima (5) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

klusterbaruharian6

Next Post Previous Post