COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

KADAR KEMASUKAN PESAKIT PEDIATRIK COVID-19 (0-12 TAHUN) KE WAD PICU MENGIKUT KATEGORI 2 HINGGA 5

Kanak-kanak kini merupakan golongan yang lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19 memandangkan mereka yang berumur 11 tahun dan ke bawah, belum mendapat perlindungan sewajarnya berbanding dengan kumpulan umur yang lebih tinggi yang telah mendapat vaksinasi.

Kadar kemasukan kanak-kanak ke wad PICU (Paediatric Intensive Care Unit) akibat COVID-19 meningkat sebanyak 94% untuk kesemua kategori 3 hingga 5, dengan peningkatan ketara untuk kategori 4 sebanyak 200%, diikuti kategori 5 sebanyak 125%.

Pengambilan vaksin COVID-19 amat penting bagi kalangan kanak-kanak yang berumur 5-11 tahun, terutamanya apabila negara akan memulakan fasa ‘peralihan ke endemik’.

Oleh itu, KKM sekali lagi menasihati ibu bapa untuk mengambil vaksin untuk anak-anak anda bagi melindungi mereka daripada jangkitan teruk varian Omicron yang boleh membawa maut dari jangkitan COVID-19 dan komplikasinya iaitu MIS-C.

pediatrik

Next Post Previous Post