COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

Perincian 15 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN MOKHTAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pasar raya di Jalan Raja Mokhtar, Kapar, Klang. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN ENAM BELAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pasar raya di Seksyen 16, Subang Jaya, Petaling. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 98 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER BANDAR TEKNOLOGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih, Hulu Langat. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER PERSIARAN JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Persiaran Jaya, Hulu Langat. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER JALAN LIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang dan Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat perkhidmatan di Jalan KLIA S5, Kuala Lumpur International Airport, Sepang. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 434 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN RUMBIA DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Rumbia, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor Bahru. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 183 individu telah disaring, di mana 133 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER SRI SENGKANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Sri Sengkang, Kulai. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 694 individu telah disaring, di mana 126 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER JALAN JUBILEE

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat jagaan di Jalan Jubilee, Cheras. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 39 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER JALAN JUN HENG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah daerah Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-209385) telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dua (2) buah syarikat di Bintulu. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 102 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER TAPAK BINA JALAN VALDOR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Perusahaan Valdor, Kawasan Perindustrian Valdor, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. Sehingga 4 Februari 2021, sejumlah 806 individu telah disaring, di mana 53 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER INDUSTRI TTJ

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban, Tampin, Port Dickson, dan Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-140481) telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar, Seremban. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 416 individu telah disaring, di mana 61 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12. KLUSTER SANTONG PAKA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu, serta daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-231453) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat yang terletak di Jalan Santong, Paka, Dungun. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 127 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

13. KLUSTER TAMAN MURNI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-180270) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Taman Murni, Kuantan. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

14. KLUSTER HIKMAH MUADZAM

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Rompin di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-183525) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Muadzam Shah. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

15. KLUSTER INDUSTRI BENTONG SEBELAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-203759) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Bentong. Sehingga 5 Februari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Next Post Previous Post