COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PKRC (19/02/2022)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 19 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

  • Bilangan pesakit COVID-19 katil bukan ICU dan ICU meningkat manakala pesakit PKRC menurun berbanding semalam;
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tiga (3) negeri iaitu Johor (70%), WP Kuala Lumpur (64%) & Kelantan (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%.;
  • Katil bukan ICU: 10 negeri iaitu Selangor (95%), Kelantan (93%), WP Putrajaya (92%), Perlis (90%), Sabah (82%), Johor (82%), WP Kuala Lumpur (72%), Perak (70%), Pahang (55%) dan Pulau Pinang (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
  • Katil Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC): Lapan (8) negeri iaitu Selangor (83%), Terengganu (59%), Sabah (58%), Perak (58%), Melaka (53%), Negeri Sembilan (51%), Perlis (51%) & Kelantan (51%)menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%, dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 130 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 37%.

image-32

image-33

Jika dibandingkan dengan data kapasiti keseluruhan katil di fasiliti kesihatan awam di Jadual 2, sememangnya didapati terdapat perbezaan dengan data di Jadual 1. Ini kerana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah termasuk juga untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

Secara keseluruhannya, setakat ini kapasiti fasiliti kesihatan di hospital awam masih boleh menampung kes COVID-19 dan bukan COVID-19. Namun begitu setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya didapati kapasiti fasiliti semakin penuh.

image-34

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 sehingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19. Misalnya semasa didiagnosa, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah menggunakan digital Home Surveilance Order (HSO), namun status kesihatan beliau merosot ke kategori 3 lalu memerlukan kemasukan ke hospital.

Pada masa yang sama, terdapat kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital secara pre-emptive.

Pada 19 Februari 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah 1,521 kes (Graf 1). Daripada 1,521 kes ini:

  • 548 kes (36.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 973 kes (64.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

image-35

Rujuk : KPKESIHATAN.COM

Next Post Previous Post