COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

A.I Based COVID-19 FAQ

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI (11/11/2020)

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER KARAMUNTING

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18492) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 20 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes tersebut dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Kompleks Sukan Sandakan dan Dewan Rafflesia Sandakan.

Sehingga 11 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana:

  • 21 kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu); dan
  • Sembilan (9) individu dikesan negatif.

2) KLUSTER SAGA

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-41492) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 8 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lapan (8) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

Sehingga 11 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 56 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu); dan
  • 47 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER HAVEN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Lima kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu-individu bergejala pada 5 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak enam (6) lagi kes positif COVID-19. Kes-kes ini dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Program Perumahan Rakyat (PPR) Payang dan Hospital Lahad Datu.

Sehingga 11 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 140 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 112 individu dikesan negatif; dan
  • 17 individu masih menunggu keputusan.

Next Post Previous Post