COVID-19 MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia

FASA PERALIHAN KE ENDEMIK : LANGKAH 8 - KESAN, RAWAT DAN ELAKKAN KOMPLIKASI PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD)

/ #REOPENINGSAFELY

FASA PERALIHAN KE ENDEMIK Langkah 8 – Kesan, rawat dan elakkan komplikasi Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Data menunjukkan NCD meningkatkan risiko gejala teruk dan kematian akibat COVID-19 kerana NCD yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan organ-organ penting tubuh termasuk jantung dan buah pinggang. NCD juga merupakan komorbid yang mampu melemahkan sistem imuniti. Jenis-jenis NCD yang utama dikaitkan dengan gejala teruk dan kematian akibat COVID-19 adalah Hipertensi, Diabetes, Penyakit Jantung dan Kanser.

Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan 2019 menunjukkan 50% dari pesakit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti Hipertensi dan Diabetes tidak sedar mereka mengidap penyakit-peyakit tersebut. Oleh itu, mereka tidak mendapatkan rawatan.

Oleh itu, adalah penting untuk:

✔️ melakukan ujian saringan supaya pengesanan dan rawatan awal NCD dapat diberikan.

✔️ patuh kepada tatacara pengambilan ubatan sebagaimana saranan doktor.

20220326-Langkah8-HidupBersamaCOVID

Next Post Previous Post