Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Sehingga 13 DIS 2021
Updated Mon, 13 Dec 2021 19:12:00
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Disember 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 4,401 kes (2,606,309 kes kumulatif, 96.7%);
- Kes baharu : 3,504 kes (2,695,143 kes kumulatif);
- Kes import : 24 kes (15 warganegara; 9 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 3,480 kes [3,364 warganegara (96.7%); 116 bukan warganegara (3.3%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 408 kes (325 kes disahkan COVID-19; 83 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 206 kes (137 kes disahkan COVID-19; 69 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 6,043 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 5,797 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 246 kluster.
Daripada 3,504 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
- 76 kes (2.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 3,428 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Tingkatkan Penilaian Kendiri dengan TRIIS - TERUS PATUH KEPADA S.O.P - ELAKKAN 3S/3C, AMALKAN 3W